STRUKTUR ATOM
2.1 JIRIM
- Bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
- Semua pepejal, cecair dan gas adalah jirim.
TEORI ZARAH JIRIM
- Terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit.
- Jirim terdiri daripada unsur dan sebatian.
- Terdapat 3 jenis zarah :
>Atom : zarah yang paling kecil.
>Molekul: zarah yang terdiri dua atau lebih atom berpadu secara kimia.
>Ion: terdiri daripada kation (ion +) dan anion ( ion -)
Perubahan keadaan jirim
~ Jirim boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila dipanaskan atau disejukkan.
~Peleburan : proses penukaran pepejal kepada cecair
~Pendidihan : proses penukaran cecair kepada gas
~Pembekuan : proses penukaran cecair kepada pepejal
~Peyejatan : proses cecair bertukar menjadi wap tanpa proses pendidihan
~Kondensasi : proses gas menjadi cecair
~Pemewejalwapan : pepejal bertukar menjadi gas dan sebaliknya tanpa melalui keadaan cecair
- Terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit
- Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak.
- Mempunyai tenaga kinetik.
Apabila suhu meningkat:
- tenaga kinetik zarah-zarah meningkat
- zarah-zarah bergerak dengan halaju yang tinggi
- tekanan gas meningkat
Apabila suhu menurun:
- tenaga kinetik zarah-zarah menurun.
- zarah-zarah bergerak dengan halaju perlahan
- tekanan gas menurun
KEADAAN JIRIM
RESAPAN
- Berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak melalui ruang di antara zarah-zarah bahan yang lain.
- Paling cepat berlaku dalam gas, diikuti cecair kemudian pepejal.
- Resapan berlaku lebih cepat apabila suhu tinggi.
- Resapan berlaku lebih cepat apabila jisim zarah makin ringan.
TAKAT LEBUR DAN TAKAT BEKU
Takat lebur :suhu di mana pepejal berubah menjadi cecair
Takat didih :suhu di mana cecair berubah menjadi gas
Takat beku :suhu di mana cecair menjadi pepejal
semasa peleburan :memutuskan ikatan antara zarah pepejal
semasa pendidihan :memutuskan ikatan cecair kepada gas
~suhu menjadi malar kerana tenaga haba yang digunakan adalah sama dengan tenaga yang dibebaskan ke persekitaran
UNTUK LEBIH FAHAM, JOM TONTON VIDEO DI BAWAH !
No comments:
Post a Comment